top of page

Pasaran Saham Malaysia dan Fokus Sektor

19 Disember 2024 Apa Cerita di Sebalik Pemotongan Interest Rate oleh Fed?

Hari ni kita nak sembang sikit tentang apa yang tengah jadi kat pasaran saham, terutamanya di US. Kalau korang follow berita kewangan, korang mesti perasan pasaran saham US baru-baru ni jatuh teruk walaupun Federal Reserve (Fed) umumkan pemotongan interest rate sebanyak 0.25%. Tapi kenapa pasaran tetap "merah" ? Apa yang Fed Buat dan Kenapa Penting?

FOMC (Federal Open Market Committee) umumkan pemotongan interest rate sebanyak 0.25%. Bila kadar faedah rendah, kos pinjaman jadi murah, dan biasanya ekonomi dapat rangsangan. Tapi… ada satu masalah. Walaupun pemotongan ni dah dijangka, Fed bagitahu yang mereka cuma rancang dua lagi pemotongan interest rate pada tahun 2025. Itu jauh lebih perlahan daripada apa yang pelabur harapkan. Kesannya? Pasaran saham jatuh menjunam. Dow Jones catat kejatuhan 10 hari berturut-turut, tempoh paling lama sejak Oktober 1974 (11 hari). Dow Jones: Jatuh lebih 1,100 mata (-2.6%) dalam sehari, mencatat kejatuhan harian terburuk sejak 5 Ogos.

  • S&P 500: Susut 3%, pertama kali berada di bawah paras 6,000.

  • Nasdaq: Jatuh 3.6%, ditutup bawah paras 20,000, dengan kejatuhan harian terbesar sejak 24 Julai

  • Russell 2000: Indeks syarikat kecil ini jatuh 4.4%, kejatuhan terbesar sejak Jun 2022.

Pengerusi Fed, Jerome Powell, cakap akan lebih berhati-hati dengan dasar monetari. Katanya, pemotongan seterusnya bergantung kepada kemajuan kawalan inflasi (sekarang masih tinggi walaupun ada tanda-tanda pemulihan) dan kekuatan pasaran pekerjaan.


Kesan Pada Pasaran Malaysia

Nada berhati-hati Fed ni bukan saja menggoncang pasaran US, tapi juga pasaran global. Ringgit menyusut sikit berbanding dolar US, ditutup pada RM4.4670/4.4725.

Bursa Malaysia pula encatat kenaikan kecil sebanyak 0.03%, walaupun sentimen pasaran global masih lemah berikutan prospek pelonggaran dasar monetari Fed yang lebih perlahan untuk tahun hadapan. Sektor Utiliti mencatat prestasi terbaik dengan kenaikan sebanyak +3.19%, diterajui oleh kaunter berkaitan YTL, selepas kumpulan tersebut mengumumkan bahawa SPRM telah membersihkan anak syarikatnya daripada sebarang salah laku berkaitan projek 1BestariNet. Sebaliknya, sektor Produk & Perkhidmatan Perindustrian mengalami kejatuhan terbesar, iaitu sebanyak -0.92%. Apa Peluang untuk Pelabur?

Bagi pelabur, ini masa untuk lebih berhati-hati. Dalam keadaan pasaran macam ni, strategi terbaik adalah fokus pada:

  • Saham defensif: Saham seperti utiliti atau penjagaan kesihatan boleh jadi pilihan.

  • Diversifikasi: Don't put all your eggs in one basket

  • Pemantauan aktif: Kena sentiasa ikuti perkembangan pasaran dan berita global.

Kesimpulan

Walaupun pasaran nampak suram, peluang tetap ada untuk pelabur yang bijak ambil tindakan. Sentiasa ingat, pasaran saham ni macam roda – ada masa naik, ada masa turun. Yang penting, kita kena bersedia dengan strategi yang betul.

Pasaran Saham Malaysia dan Fokus Sektor

9 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page